UPKK FINAL COUNTDOWN ( UFC ) 2025 -Program Seminar UPKK Paling Dinanti Tahun Ini Berakhir Dengan Penuh Semangat
Alhamdulillah, UPKK Final Countdown (UFC 2025) anjuran Hatimurni telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2025.
Program ini menghimpunkan 1000 pelajar, ibu bapa, dan guru dalam satu platform bimbingan akhir UPKK yang penuh inspirasi dan semangat juang.
Sebagai sebahagian daripada siri program tuisyen UPKK Hatimurni, UFC 2025 dirangka khusus untuk membantu pelajar membuat ulangkaji akhir menjelang peperiksaan UPKK.
Melalui seminar dan bengkel interaktif, pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan sebenar, strategi mengurus masa, serta panduan “soalan panas” yang sering muncul dalam kertas UPKK.
Lebih menarik, pelajar dibimbing oleh barisan guru pakar UPKK Hatimurni yang berpengalaman luas dalam mendidik pelajar ke arah keputusan cemerlang. Antara tenaga pengajar yang terlibat termasuk:
-
Ustazah Siti Hasliza (Bahasa Arab)
-
Ustaz Mohamad Nazrin (Akidah & Ibadah)
-
Ustaz Rohimi (Sirah)
-
Ustaz Mohamad Hilmi (Adab & Jawi)
Selain sesi tuisyen dan ulangkaji intensif, program ini turut diisi dengan bacaan Surah Yaasin dan doa kejayaan yang disertai oleh ibu bapa dan pelajar bersama-sama menjadikan UFC 2025 bukan sekadar seminar akademik, tetapi juga ruang penyatuan jiwa dan semangat.
Suasana dewan dipenuhi dengan rasa terharu dan bangga melihat anak-anak Hatimurni bersemangat menimba ilmu serta bersedia menghadapi cabaran UPKK dengan yakin dan tenang.
Kejayaan program ini turut mendapat perhatian media apabila Astro Awani menyiarkan liputan khas mengenai UFC 2025 — menonjolkan dedikasi Hatimurni sebagai peneraju pendidikan KAFA dan tuisyen UPKK secara bersepadu dan profesional.
???? Anda boleh membaca artikel penuh liputan tersebut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gerak-gempur-upkk-2025-hatimurni-bimbing-500-pelajar-menuju-kejayaan-541656
Sebagai institusi yang komited dalam pendidikan Islam moden, Hatimurni akan terus menganjurkan kelas tuisyen UPKK, program cuti sekolah, dan seminar UPKK sepanjang tahun bagi membantu pelajar mencapai keputusan terbaik.
Kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi besar dengan bimbingan yang betul, doa ibu ayah, dan persekitaran pembelajaran yang positif, kejayaan pasti dapat dicapai.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong UFC 2025 UPKK Final Countdown.
Semoga segala perkongsian ilmu, nasihat, dan doa yang dikongsi dalam program ini menjadi asbab kejayaan anak-anak Hatimurni dalam UPKK 2025 dan seterusnya.



