loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Program Bulanan Ogos 2025: Pengurusan Jenazah
Buletin 18 Aug 2025

Program Bulanan Ogos 2025: Pengurusan Jenazah

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati” (Ali-Imran: 185)

Itulah ayat yang selalu kita dengar...

Tapi kali ini anak-anak Hatimurni berpeluang memahami maksudnya dengan cara yang lebih dekat di hati.

Alhamdulillah, semua pelajar Hatimurni dari Tahun 1 hingga 6 terlibat dalam Program Bulanan: Pengurusan Jenazah di setiap cawangan baru-baru ini.

Antara pengisian program:

  • Ceramah ringkas: Apa itu Fardhu Kifayah
  • Demonstrasi memandikan & mengkafankan jenazah
  • Tayangan video ringkas
  • Kuiz interaktif

Bukan mudah untuk dedahkan anak-anak pada ilmu sebegini, tetapi inilah pengalaman awal yang akan jadi bekalan hidup mereka.

Mereka faham bahawa Fardhu Kifayah ini satu tanggungjawab.

Suatu hari nanti, mungkin merekalah yang akan menyempurnakan amanah ini.

Semoga program ini dapat menanam rasa kepada anak-anak untuk menjadi insan yang berilmu dan bersedia menghadapi realiti kehidupan.

Terima kasih IbuAyah yang sentiasa menyokong usaha kami di Hatimurni.

 

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.