loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Bootcamp Skor A UPKK 2025
Buletin 27 Jul 2025

Bootcamp Skor A UPKK 2025

Semua berebut-rebut angkat tangan nak jawab soalan!

Itulah suasana Bootcamp Skor A UPKK Hatimurni minggu lepas di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH, dari pagi hingga petang.

Dua hari penuh tumpuan, hampir 140 pelajar Tahun 5 dari seluruh cawangan Hatimurni dan pelajar luar hadir dengan semangat yang membara.

Hari pertama, anak-anak belajar strategi jawab soalan untuk Adab, Akidah dan Jawi.

Ibu ayah pula berkumpul dalam majlis bacaan Yaasin dan perkongsian ‘Peranan Ibu Bapa Dalam Kemenjadian Anak-Anak’ bersama Ustaz Hafiz.

Hari kedua lebih mencabar dengan subjek-subjek killer dalam UPKK.

Subjek Sirah, Ibadah, dan Bahasa Arab dibentang satu persatu.

Tapi anak-anak tetap teguh, tak luntur semangat ya!

Setiap soalan jadi peluang, setiap jawapan disambut dengan senyuman.

Ada yang merajuk tak sempat jawab, ada yang bangga bila dapat hadiah.

Tapi semuanya belajar sesuatu. Bukan sekadar ilmu atas kertas, tapi keyakinan dan keberanian.

Terima kasih Ibu Ayah yang terus percayakan kami dalam mendidik anak-anak.

Moga setiap usaha ini jadi asbab kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.

Dan buat anak-anak, teruskan melangkah, satu langkah lebih dekat menuju kejayaan UPKK.

#Hatimurni
#KAFAHatimurni
#NakSkorAUPKK

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.