loading..
img not found!
img not found!

Media

Laman Utama Media  -   Buletin
Program Latihan Asas Guru Hatimurni (AGH)
Buletin 12 Jul 2025

Program Latihan Asas Guru Hatimurni (AGH)

Alhamdulillah, seramai 51 orang guru dari seluruh cawangan Hatimurni telah menyertai Program Latihan Asas Guru Hatimurni (AGH) yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Fokus utama AGH 2025:
Memberi pendedahan awal dan kefahaman asas terhadap Modul Latihan Teras Guru Hatimurni.

Topik & Penceramah:
* Profesionalisme Keguruan
– Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd Rizal
* Kaedah Pengajaran (Pendidikan Islam)
– Pn Haslina Bt Hamza
* Kaedah Pengajaran (Pendidikan Islam) & Dr. Noorshamshinar Bt Zakaria

Program ini dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Universiti Islam Selangor (UIS) sebagai langkah memperkasa profesionalisme pendidik Hatimurni.

InshaAllah, dua lagi sesi bersama UIS akan menyusul dalam bulan Ogos dan September 2025 sebagai kesinambungan pembangunan kompetensi guru-guru Hatimurni.

Kami percaya, pendidik yang berkualiti melahirkan generasi rabbani.
Terima kasih atas doa, kepercayaan dan sokongan berterusan daripada Ibu Ayah.

Yang Menjalankan Amanah,
Pengurusan Hatimurni

HATIMURNI Sekolah Islam Swasta (Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Telah beroperasi lebih dari 12 tahun. Berpengalaman dalam pelbagai bidang pelajaran & pendidikan.