FOKUS, ILMU BERKAT.

FOKUS, ILMU BERKAT.
.
Nak ilmu yang berkat kena fokus. Fokus dalam kelas, baik secara alam maya mahupun bersemuka. Hal ini, melibatkan adab kita ketika belajar.
.
Di musim sekarang ini, cuma pembelajaran secara atas talian sahaja memang agak sukar. Tambahan lagi dengan pelajar-pelajar tahun 1 dan 2. Betul ke betul? 😆
.
Memang cikgu kena banyak memberi nasihat dan main jiwa kanak-kanak dan menekankan serba sedikit mengenai adab.
.
Bagi tahap 2,mereka sudah faham adab ketika belajar. Cuma guru-guru perlu memberi peringatan lagi, jika mereka tidak fokus & perlu berikan nasihat.
.
Ingat tau pelajar-pelajar, nak belajar mudah ingat, mudah faham, jaga adab ya.. 🤩👍
.
Ibu ayah, Hatimurni akan anjurkan 2 program untuk anak-anak berusia 7-12 tahun pada November ini.
1) Bengkel Jawi: Fun With Jawi untuk pelajar Tahun 1, 2 & 3 pada 6 & 7 November 2021.
Siapa yang perlu sertai?
- Anak-anak yang belum kenal huruf hijaiyah
- Anak-anak yang tak tahu baca Jawi
- Anak-anak yang tak boleh menulis Jawi

2) Tahsin Al-Quran: Baca Quran Betul untuk pelajar Tahun 1 - 6 pada 7 November 2021.
Siapa yang perlu sertai?
- Anak-anak yang baru belajar mengaji
- Anak-anak yang dah lancar mengaji dan nak tambah baik
- Anak-anak yang nak mencantikkan bacaan mengikut makhraj, sifat huruf, harakat dan lain-lain